Bajet 2023BANTUANeWallet

Bantuan E-Wallet RM 200 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk sedia maklum, baru-baru ini selaku Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan bantuan e-Wallet RM 200 di  sidang bajet 2023.

Melalui pembentangan tersebut terdapat pelbagai jenis bantuan telah diumumkan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya berbentuk kewangan. Tidak lupa juga bantuan lama dan masih diteruskan dan ditambah baik.

Seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan E-Wallet, dan perbagai lagi yang masih diteruskan pada tahun 2023 dan ditambah baik seperti kadar bantuan.

KADAR BANTUAN E-WALLET DINAIKKAN

Program bantuan e-pemula, e-tunai, e-wallet adalah antara bantuan yang telah rasmi diteruskan pada tahun hadapan oleh pihak kerajaan.

Lebih menggembirakan kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM 200 berbanding tahun sebelum RM 150. Ini adalah bagi membantu individu yang merupakan rakyat Malaysia. Untuk semakan senarai bantuan yang telah diumumkan dalam sidang Bajet 2023, sila rujuk – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan ini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia berumur 18 – 20 tahun
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

PANDUAN TEBUS BANTUAN E-WALLET

Jika anda menepati syarat dan ingin tebus bantuan ini, ia boleh dibuat dengan mudah secara online melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti di bawah:

  • GrabPay
  • BigPay
  • Tounch n Go
  • ShoopePay – DI SINI

Peringatan : Kepada setiap penebusan hanya boleh dilakukan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja, jadi individu hanya boleh memilih 1 aplikasi sahaja untuk tebus.

Untuk makluman, sepanjang tahun ini ramai individu telah berjaya tebus bantuan e-wallet ini. Dengan adanya pengumuman penambah baikkan kadar bantuan dinaikkan kepada RM 200, diharapkan lebih ramai individu terutama pelajar supaya menebus bantuan ini pada tahun hadapan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini masih terdapat bantuan yang ada untuk rakyat Malaysia yang memerlukan untuk mendapatkan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan khususnya berbentuk tunai yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button