Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am RM350 Sebulan : Syarat & Cara Daftar Permohonan

Bantuan Am RM350 Sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, program insentif bulanan ini telah dilaksanakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban rakyat.

BANTUAN AM RM350 SEBULAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah merupakan agensi dibawah kerajaan yang mengendalikan pelbagai program bantuan untuk masyarakat yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan dan boleh dimohon adalah Bantuan Am Persekutuan.

Melalui program pemberian bantuan dibawah kendalian JKM ini, pemohon yang berkelayakan akan menerima kadar bayaran bulanan. Minimum bantuan adalah RM100 sehingga maksimum RM350 sekeluarga dikreditkan setiap bulan.

Atas keprihatinan kerajaan, program bantuan ini masih diteruskan pada tahun ini. Tujuan utama insentif bulanan ini diberikan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan demi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM RM350 SEBULAN

Pihak JKM telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi mendapatkan manfaat bantuan am persekutuan secara bulanan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di wilayah persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kategori yang memerlukan dan golongan miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan JKM yang lain.

Nota : Setiap negeri memberikan kadar bantuan am yang berbeza, jumlah ditentukan mengikut negeri dan status keluarga.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN AM

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, individu perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti dibawah :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon)
  • Salinan kad pengenalan pasangan, anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan (Gaji) sekiranya ada
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button