BANTUANKerajaan

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM700

Tarikh bayaran bantuan kewangan khas (BKK) telah diumumkan oleh pihak kerajaan bermula 17 Januari 2023. Pemberian bantuan khas ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan pada tahun ini.

Untuk makluman, bantuan kewangan ini diberikan sebanyak RM700 kepada penjawat awam dan RM350 kepada pesara kerajaan (veteran) pada tahun 2023.

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2023

Selaku Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan diberikan kepada kumpulan penjawat awam gred 56 dan kebawah. Tidak ketinggalan kepada pesara kerajaan juga akan menerima pemberian insentif khas ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan perpaduan yang kini memimpin negara telah bersetuju untuk meluluskan pemberian bantuan kewangan ini sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan dari kerajaan. Ini adalah inisiatif untuk mereka yang telah mencurahkan bakti menjalankan tugas perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai sektor.

Pada bulan Februari nanti sidang BAJET 2023 akan dibentangkan di dewan rakyat. Dijangkakan akan ada pengumuman pelbagai bantuan yang akan diberikan terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JADUAL BAYARAN BKK

Untuk sedia maklum, tarikh bayaran bantuan kewangan khas ini akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023 secara berperingkat sehingga selesai.

Bagi maklumat tambahan, pembayaran bantuan kerajaan selain BKK ini yang akan turut diberikan pada bulan ini adalah Bantuan Tunai Rakyat sebanyak RM300 dan Bantuan awal persekolahan sebanyak RM150.

KADAR BAYARAN BKK

Berikut adalah kadar bayaran bantuan kewangan khas yang bakal diterima seperti dibawah :

  • RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah
  • RM350 untuk pesara kerajaan (veteran)

Selain itu, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kenaikkan gaji tambahan (KGT) sebanyak RM100 bermula Januari ini.

INFO LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan. Ada bantuan baru diperkenalkan dan ada juga bantuan lama dan masih diteruskan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button