BANTUANi-Belia

Permohonan Bantuan i-Belia RM 150 One-off Dilanjutkan

Untuk makluman semua, permohonan bantuan i-Belia 2022 telah dilanjutkan sehingga 10 Oktober tahun ini.

Bantuan secara “One Off” ini akan dibuka kepada semua belia dan serta mahasiswa yang berumur dari 18 sehingga 39 tahun yang menetap di Terengganu dan juga perantau anak jati Terengganu yang tinggal di kawasan luar negeri Terengganu pada tahun ini.

Untuk sedia maklum, Bantuan i-Belia ini dibuka untuk 2 kategori iaitu penduduk tetap dan perantau, di bawah telah disediakan syarat kelayakan dan permohonan bagi bantuan secara tunai ini.

Syarat Kelayakan Utama

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di LUAR Negeri Terengganu.
  • Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  • Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ibantuan.
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

Syarat Kelayakan Belia Tempatan

  • Individu berumur antara 18-39 tahun.
  • Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.
  • Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.
  • Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).
  • Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
  • Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.

Syarat Kelayakan Belia Perantau

  • Merupakan nak kelahiran negeri Terengganu yang tinggal di LUAR TERENGGANU (PERANTAU) layak memohon.
  • Berumur antara 18-39 tahun.
  • Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.
  • Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.
  • Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).
  • Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
  • Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.

Panduan Permohonan i-Belia

Sila layari portal rasmi iBantuan – DI SINI untuk memohon

Anda perlua membaca syarat dengan teliti dan pilih kategori masing-masing semasa membuat permohonan. Borang hendaklah dicetak dan diserah kepada JPKK.

Dokumen yang perlu dikepilkan sekali dengan borang:

  • Salinan IC pemohon
  • Salinan slip gaji atau Akuan Pendapatan
  • Surat Pengesahan tempat belajar(Siswa)
  • Surat akuan pengesahan Bujang.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini selain daripada bantuan ibelia, terdapatkan lebih banyak bantuan telah disediakan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk mereka yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan b40. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda mohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button