BANTUANBWEJKMWarga Emas

Pemberian Bantuan Tunai RM500 Sebulan Untuk (Warga Emas)

Pemberian Bantuan Tunai RM500 sebulan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terdiri daripada golongan berumur 60 tahun keatas. Untuk makluman, inisiatif khas ini merupakan sebuah bantuan kewangan yang ditawarkan pada tahun ini dibawah Belanjawan 2023.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan. Mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat yang disediakan.

Salah satu insentif tambahan yang diberikan secara bulanan dan boleh dimohon adalah program bantuan warga emas atau dikenali sebagai BWE. Kadar bayaran bantuan tunai yang ditawarkan dalam program BWE ini adalah berjumlah RM500 dan diberikan secara setiap bulan.

Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas BWE ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan atas keprihatinan ianya masih diteruskan pada tahun ini. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan hidup penerima.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM500

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mohon bantuan khas BWE RM500 ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Negara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (Pendapatan garis kemiskinan)
  • Individu berumur 60 tahun dan keatas
  • Golongan warga emas/ orang tua
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana pusat jagaan harian yang menyediakan perkhidmatan secara percuma

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN TUNAI RM500 (BWE)

Jika anda berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati kelayakan, permohonan boleh dikemukakan sekarang. Panduan lengkap cara mohon bantuan ini telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (BWE) – DI SINI

Perlaksanaan semua jenis bantuan JKM adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 -Jadual ke 9 senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button