Bantuan RM150 One-Off untuk Pelajar : Program BAP 2025

Bantuan RM150 One-Off : Dalam usaha untuk membantu pelajar di Malaysia, kerajaan telah melancarkan program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025. Salah satu aspek penting dalam program ini adalah pemberian bantuan RM150 secara one-off kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa serta memastikan anak-anak mereka tidak terlepas daripada mendapatkan alat pembelajaran yang diperlukan.
PEMBERIAN BANTUAN RM150 ONE-OFF
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 seorang. Progam BAP ini merupakan bantuan yang dilaksanakan setiap tahun memberi manfaat kepada pelajar.
Bantuan RM150 ini adalah sebahagian daripada belanjawan 2025 yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ia diharapkan dapat membantu pelajar dalam menangani kos awal persekolahan seperti pembelian buku, alat tulis, dan pakaian sekolah.
Dalam konteks pendidikan yang semakin kompetitif, alat pembelajaran yang mencukupi adalah penting untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah murid sekolah rendah dari tahun 1 sehingga pelajar sekolah menengah tingkatan 5.
Lebih menarik adalah bantuan ini diberikan tanpa melihat latar belakang pendapatan isi rumah keluarga. Bantuan RM150 disalurkan secara terus ke dalam akaun dan tunai melalui pihak sekolah masing-masing.
SIAPA LAYAK MENERIMA BANTUAN ONE-OFF RM150?
Peringkat kelayakan untuk bantuan ini khusus untuk pelajar yang berada di sekolah rendah dan menengah. Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftar untuk menerima bantuan ini boleh merujuk kepada laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat kelayakan asas penerima bantuan RM150 BAP ini adalah seperti berikut ;
- Semua murid berstatus warganegara Malaysia
- Berdaftar di sekolah rendah dan menengah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Murid tahun 1 hingga pelajar tingkatan 6.
Bantuan ini tidak memerlukan pendaftaran dan permohonan kerana ianya diberikan secara automatik. maklumat lanjut berkaitan tarikh dan syarat akan diumumkan melalui saluran rasmi – KPM .
Secara keseluruhan, bantuan tunai khas ini diharapkan dapat memberikan sokongan yang diperlukan oleh pelajar dan membantu mereka memulakan tahun persekolahan dengan lebih berkeyakinan.
Nota : Penyaluran bayaran BAP RM150 sekali bayar ini dilaksanakan setiap tahun semasa pembukaan awal persekolahan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain BAP terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan MADANI untuk rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan masyarakat.