BANTUANBKMBKM TambahanFasa 2Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Fasa Kedua Telah Mula Dikreditkan : Semak Sekarang

Tahukah anda, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan Program Bantuan berbentuk Kewangan yang melibatkan jumlah dana yang terbesar pada tahun ini. Menurut Menteri Kewangan, secara keseluruhan peruntukkan sebanyak RM 1.74 billion bagi memanfaatkan hampir kira-kira 8.6 juta penerima yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tujuan utama program bantuan ini adalah bagi menggantikan bantuan tahun sebelum ini iaitu BPR, selain itu bantuan BKM ini juga telah dinaikkan kadar jumlah bantuan sehingga RM 2,500 dan penambahan RM 100 baru-baru ini.

Bayaran BKM Fasa 2

Untuk sedia maklum pembayaran BKM Fasa 1 telah selesai diberikan pada 28 Mac 2022 yang lalu. Kini pembayaran Fasa 2 pula yang sedang disalurkan. Tarikh rasmi pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 27 Jun 2022 bersamaan hari isnin. Seperti pembayaran BKM Fasa 1, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima, bagi pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum bank yang lain.

Kadar Bayaran BKM Fasa 2 (Dikemaskin)

Bagi kadar bayaran yang akan diterima pada Fasa 2 ini adalah daripada RM 100 sehingga RM 400 bergantung kategori kelayakan. Namun begitu, pada pengumuman baru-baru ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bayaran tambahan tunai sebanyak RM 50 – RM 100, ini bermakna bayaran yang akan diterima adalah sehingga RM 500.

Tarikh Bayaran

Jadual rasmi bayaran BKM Fasa 2 bermula 27 Jun 2022 (Hari ini) sehingga 5 Julai 2022 secara berperingkat. Anda tidak perlu khuatir dan diharapkan bersabar menunggu giliran pembayaran kerana ia dilakukan secara berperingkat.

Semakan Bayaran BKM Fasa 2

Anda boleh membuat kemaskini dan semakan status bayaran BKM Fasa 2 akaun anda bermula 27 Jun, sila membuat semakan untuk mengetahui status dan jumlah bayaran bantuan yang anda akan terima. Layari portal Rasmi semakan BKM – DI SINI

Maklumat Tambahan

Pada tahun ini pihak Kerajaan persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat pada tahun 2022. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button