BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Senarai Penerima Bayaran Bantuan Tunai Fasa Keempat

MySTR : Senarai Penerima Bayaran bantuan tunai Fasa keempat adalah terdiri daripada kategori isi rumah B40, M40 dan warga emas. Bagi sedia maklum, pemberian inisiatif khas ini akan dipercepatkan pada bulan November 2023.

MYSTR : SENARAI PENERIMA BAYARAN

Program pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) ini telah dperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Belanjawan 2023. Pemberian STR tahun ini akan diagihkan secara berperingkat melalui 4 Fasa bayaran.

Bagi bayaran STR fasa 1 sehingga fasa 3 telahpun selesai dikreditkan pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya berbaki 1 saja lagi bayaran yang dijadualkan pada bulan November.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah bersetuju dan sudah melaksanakan sebuah lagi bantuan tambahan kepada penerima STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Insentif tambahan ini telah mula dikreditkan dalam MyKAD RM100 bermula Julai sehingga Disember 2023.

MYSTR : SENARAI PENERIMA BAYARAN FASA 4

Untuk makluman, bukan semua kategori akan terima bayaran fasa 4 nanti. Hanya kategori berikut yang layak menerima bayaran :

  • Kategori Isi rumah (Pendapatan RM2,500)
  • Kategori Isi rumah (Pendapatan RM5,000)
  • Kategori Warga emas (60 tahun keatas)

KADAR BAYARAN FASA KEEMPAT MENGIKUT KATEGORI

Seperti sedia maklum, pembayaran fasa keempat akan dibayar sehingga RM1,200. Jumlah yang akan diterima adalah bergantung kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : RM0
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 : RM0
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak 5 ke atas : RM500

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak 5 ke atas : RM1,200

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas : RM200
  • Bujang : RM0

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada penerima sedia ada bantuan tunai STR, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MySTR –KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button