KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP Dibenarkan Kepada Yang Memerlukan

Pengeluaran sebahagian simpanan KWSP kini dibenarkan kepada ahli yang memerlukan selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu pencarum untuk mengeluarankan wang mereka.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN SIMPANAN KWSP

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran sebahagian simpanan KWSP yang boleh dilakukan oleh para pencarum. Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan kepada ahli yang memerlukan.

Walaupun pada tahun ini kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0 dan secara bersasar. Terdapat jenis kemudahan bagi pengeluaran sebahagian dan penuh wang KWSP yang disediakan bagi ahli yang memerlukan dan berkelayakan.

Dihalaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan jenis-jenis pengeluaran sebahagian simpanan KWSP yang boleh dilalukan oleh ahli yang memerlukan seperti di bawah.

PENGELUARAN – MEMBELI RUMAH

Kepada ahli yang bercadang dan ingin membeli rumah, pihak KWSP membenarkan pengeluaran melalui akaun 2. Jenis rumah yang hendak dibeli haruslah dalam bentuk seperti rumah teres, banglo, berkembar, apartmen, studio, townhouse atau rumah kedai dengan unit kediaman Malaysia.

MEMBINA RUMAH SENDIRI

Untuk pencarum yang memiliki tanah sendiri, mereka boleh menggunakan kemudahan pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP. Baki simpanan dalam akaun 2 perlu ada sekurang-kurangnya RM500.

ANSURAN BULANAN PIJAMAN PERUMAHAN

KWSP turut membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP bagi tujuan untuk membayar ansuran bulanan rumah. Kadar yang boleh dilakukan adalah sekurang-kurangnya 6 bulan atau sehingga masalah tunggakan selesai.

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

Untuk ahli yang mempunyai simpanan melebihi 1 juta, sudah semestinya mereka boleh membuat pengeluaran KWSP. Perkara ini bagi tujuan untuk mereka menguruskan sendiri wang lebihan simpanan.

KESIHATAN

Kemudahan pengeluaran ini sangat penting, kepada ahli yang berdepan dengan masalah boleh membuat pengeluaran daripada simpanan akaun 2 KWSP. Inisiatif ini bagi membantu ahli untuk membiayai kos perubatan dan rawatan kesihatan penyakit kritikal serta peralatan bantuan.

SEMAKAN SYARAT & CARA MOHON

Bagi pengetahuan umum, terdapat lebih banyak jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan. Untuk semakan terma dan syarat serta cara mohon, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan perpaduan telahpun menawarkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus untuk golongan B40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button