BANTUANBKMFasa 2

Butiran Dan Rumusan Berkenaan Bayaran BKM Fasa 2 Bermula Isnin Hadapan

Yang ditunggu-tunggu oleh ramai telah terjawab iaitu berkenaan Tarikh rasmi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2. Menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, bayaran bagi BKM Fasa 2 akan mula disalurkan bermula 27 Jun 2022 (Isnin) secara berperingkat kredit ke akan bank penerima.

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Untuk kadar bayaran BKM Fasa 2 pula, penerima akan mendapatkan bayaran sebanyak RM 100 hingga RM 400 bergantung kategori kelayakan penerima. Tambahan dalam pengumuman pihak Kerajaan yang terbaru, penambahan bayaran  akan diberikan untuk kategori bujang sebanyak RM 50 dan Kategori Isi Rumah sebanyak RM 100. Ini bermakna bayaran yang akan diterima adalah maksimum sehingga RM 500 bukan lagi RM 400.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BKM FASA 2

Bagi semakan status bayaran BKM Fasa 2 boleh dilakukan, anda disyorkan semak status permohonan anda bermula 27 Jun 2022 melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI

  1. Log Masuk akaun anda
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
  3. Klik pada butang “Semak”
  4. Sila buat pengesahan “Kata Kunci Keselamatan” yang sudah didaftarkan
  5. Kemudian masukkan “Kata Laluan” anda
  6. Maklumat penuh status bayaran akaun anda akan dipaparkan pada skrin

PENGUMUMAN TARIKH RASMI BAYARAN BKM FASA 2

Pihak Kerajaan telah menyatakan tarikh rasmi pembayaran BKM Fasa kedua akan mula diagihkan pada tarikh 27 Jun hari isnin sehingga 5 Julai 2022 secara berperingkat. Seperti pembayaran BKM Fasa 1, pembayaran Fasa 2 ini juga diberikan pada hujung bulan dan kepada pemegang kad Bank BSN akan dapat terlebih dahulu sebelum bank lain. Diharapkan semua pihak bersabar menunggu bayaran BKM fasa 2 masuk ke akaun bank masing-masing.

KAEDAH PEMBAYARAN

Seperti pembayaran BKM Fasa 1, kali ini pembayaran juga akan dibuat secara 2 kaedah iaitu seperti berikut :

  1. Bagi penerima BKM yang mempunyai akaun Bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat bermula 27 Jun sehingga 5 Julai 2022
  2. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh buat penebusan bayaran fasa 2 bermula 27 Jun 2022 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

INFORMASI TAMBAHAN

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya melibatkan bantuan berbentuk tunai bagi membantu meringankan rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan B40. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button