BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR 2024 : Pemberian Bantuan Dinaikkan Sehingga RM3,700

MySTR 2024 : Pemberian Bantuan Tunai telah dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding RM3,100 tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan perpaduan, kadar inisiatif STR telah ditingkatkan bagi tahun hadapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak.

MYSTR 2024 : PEMBERIAN BANTUAN TUNAI DINAIKKAN

Seperti sedia maklum, baru-baru ini sidang Belanjawan 2024 telahpun dibentangkan oleh kerajaan perpaduan. Terdapat pelbagai perkara telah dibincangkan, salah satunya berkenaan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah.

Apa yang menarik adalah pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran maksimum bantuan tunai STR. Kadar jumlah maksimum akan dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700 bagi tahun 2024.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memaklumkan bahawa kategori belia bujang akan menerima bayaran berjumlah RM500 berbanding RM350. Bukan itu sahaja, pembayaran fasa 1 akan dikreditkan awal dengan jumlah maksimum RM500 dijadualkan sebelum hari raya tahun hadapan.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYSTR 2024

Buat masa ini, kerajaan telah memaklumkan kadar bagi kategori belia akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500. Manakala isi rumah dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700 dan jumlah bayaran ditentukan mengikut bilangan tanggungan anak.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Apa yang pasti, jadual bayaran bagi bayaran fasa pertama STR tahun 2024 telah dimaklumkan akan mula diagihkan pada bulan Februari tahun depan. Tarikh pemberian fasa berikutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

DAFTAR PERMOHONAN BARU MYSTR

Kepada bukan penerima bantuan tunai STR, jangan terlepas kerana pada bulan November ini permohonan baru akan dibuka secara online. Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan boleh kemukakan permohonan pada bulan depan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR

Untuk makluman, terdapat satu lagi fasa pembayaran bgi STR tahun ini iaitu fasa keempat yang melibatkan bayaran sehingga RM1,200. Anda boleh membuat semakan status bayaran secara online, untuk semak sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menawarkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button