BANTUANBaucarePemula

Program Bantuan Kewangan RM 150 Untuk Keluarga Malaysia

Untuk makluman umum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada Keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Program bantuan disalurkan kepada semua golongan seperti isi rumah, warga emas, belia, golongan OKU serta kanak-kanak.

Menerusi sidang Bajet 2022, terdapat lebih banyak bantuan telah diumumkan oleh pihak Kerajaan. Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah sebuah program yang dikenali sebagai ePemula yang memberikan bantuan sebanyak RM 150 kepada yang layak menerima.

E-Pemula RM 150

Program Skim ePemula ini telah diwujudkan bagi tujuan menyemarakan budaya transaksi tanpa tunai melalui eDompet secara pembelian menggunakan platform digital pada tahun 2022.

Skim bantuan khas ini diberikan kepada golongan belia dan individu yang sedang menuntut pembelajaran secara sepenuh masa di mana-mana cawangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta yang telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Cara Tebus ePemula RM 150

Dalam kenyataan pihak Kementerian Kewangan Malaysia, kalian boleh menebus bantuan ePemula bermula pada tarikh 11 April 2022 sehingga tarikh tutup pada 1 Jun 2022 melalui salah satu penyediaan perkhidmatan seperti di bawah :

  • ePemula Grab Pay –DI SINI
  • ePemula Shopee Pay – DI SINI
  • ePemula Big Pay –
  • ePemula Touch N Go Ewallet – DI SINI

Panduan 

  1. Kepada pengguna baru atau sedia ada, sila ikuti arahan yang telah ditetapkan dalam aplikasi e-tunai pilihan anda
  2. Melalui aplikasi pilihan, anda perlu memasukkan butiran maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan pada paparan tuntutan ePemula sehingga selesai kemudian klik “Hantar”
  3. Pihak pengendali e-tunai akan membuat verifikasi indentiti pemohon / pengguna secara elektronik digital
  4. Anda akan diberitahu sekiranya tuntutan bantuan ePemula RM 150 telah berjaya

Peringatan : Kepada penerima yang layak , kredit tersebut boleh anda gunakan dan terus belanjakan sehingga 10 Jun 2022. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan skim bantuan ePemula RM 150 ini, sila layari Portal Rasmi ePemula – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain skim bantuan ePemula ini, terdapat banyak lagi bantuan khususnya berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan –KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button