FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Bersyarat (FSA2) : Permohonan Mulai 7 April

Pengeluaran KWSP bersyarat (FSA2) kini dibenarkan dan akan dibuka untuk ahli membuat permohonan mula 7 April ini. Untuk makluman, program Fasiliti sokongan akaun 2 ini adalah merupakan kemudahan kepada ahli KWSP pada tahun ini.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT (FSA2)

Untuk makluman umum, pengeluaran KWSP bersyarat yang dimaksudakan adalah program fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2). Perlaksanaan program ini bertujuan bagi membantu ahli / pencarum KWSP untuk mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank dengan menjadikan tabungan simpanan akaun 2 sebagai sandaran pembiayaan.

Apa yang menarik, permohonan awal pengeluaran KWSP bersyarat berumur 50 atau 55 tahun, pembayaran hanya akan dibuat kepada pihak bank apabila ahli telah mencapai usia 50 hingga 55 tahun.

Dengan adanya program FSA2 ini memboleahkan ahli KWSP yang mempunyai masalah kewangan boleh menyelesaikan sementara aliran tunai melalui pembiayaan peribadi. Simpanan ahli kekal dalam akaun 2 dan terus akan menerima dividen tahunan KWSP.

PERLAKSANAAN FSA2 SECARA FASA

Program Fasiliti sokongan akaun 2 pengeluaran kwsp bersyarat ini akan dibuat dalam 2 fasa seperti berikut :

FASA 1 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 50 tahun bermula 7 April 2023. Bagi semakan kelayakan amaun boleh dibuat mulai 5 April (rabu) – Layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

FASA 2 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 tahun dan ke bawah (tarikh akan diumumkan kelak).

PANDUAN PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian. Permohonan dibuka pada bermula pada tarikh 7 April 2023.

SYARAT KELAYAKAN 

  • Ahli KWSP mempunyai baki minimum dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
  • Pembiayaan pengeluaran maksimum sehingga RM50,000 (Tertakluk pada baki akaun 2 KWSP)
  • Tempoh bayaran balik adalah 10 tahun
  • Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 – 5 peratus faedah konvensional atau kadar keuntungan secara islamik.

Nota : Pihak KWSP akan membayar dividen dan prinsipal terkumpul dari akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank sebelum lebihan akan dipulang kepada ahli.

BANK YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN FSA2

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank
  • Pihak KWSP akan menambah bilangan bank yang akan mengambil bahagian.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada program FSA2 ini, terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pada bulan ini untuk rakyat Malaysia terutama bantuan tunai sebelum raya. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada da berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button