BANTUANBMT

Bayaran Fasa 2 Berjumlah RM300 Mula Dikreditkan

Bayaran fasa 2 bagi bantuan musim tengkujuh (BMT) mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Februari 2023. Untuk sedia maklum, selain daripada Sumbangan tunai rahmah (STR) inisiaitif bantuan BMT juga diberikan pada suku pertama tahun ini.

PROGRAM BMT

Pemberian bantuan musim tengkujuh (BMT) pada tahun ini diberikan lebih awal secara berfasa setiap bulan. Insentif khas ini telah membabitkan peruntukan dan sebanyak RM9.7 juta. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 12,140 rakyat Malaysia yang terdiri dariapada golongan peneroka tanaman getah seluruh negara.

Untuk makluman bayaran BMT tahun lalu disalurkan secara 2 fasa iaitu November 2022 sebanyak RM300 dan Disember RM300 dengan jumlah keseluruhan RM600. Pada tahun ini bayaran bantuan telah dinaikkan bernilai RM800 dimana akan melalui 3 fasa iaitu Januari RM300, Februari RM300 dan Mac RM200.

Selaku Menteri Sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad telah berkata bahawa bayaran BMT RM800 akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima secara berperingkat sehingga bulan Mac 2023.

JADUAL BAYARAN BMT MENGIKUT FASA

Berikut disediakan jadual bayaran bantuan musim tengkujuh berjumlah RM800 mengikut fasa seperti dibawah :

  • Pembayaran BMT fasa 1 berjumlah RM300 mula disalurkan pada bulan Januari 2023 (Selesai)
  • Pembayaran BMT fasa 2 berjumlah RM300 mula disalurkan bulan Februari 2023 (dalam proses)
  • Bayaran BMT fasa 3 berjumlah RM300 diberikan pada bulan Mac 2023 (bayaran akhir).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BMT

Untuk semakan status kelayakan permohonan, sila layari portal rasmi eBMT RISDA – DI SINI atau menghubungi pihakPejabat RISDA dimana permohonan dilakukan pemohon.

PENERIMA BANTUAN BMT

Dibawah telah disediakan senarai penerima bantuan BMT RM800 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan peneroka ladang getah yang menghantar hasil getah di pusat pemgumpulan FELDA
  • Golongan yang tidak mempunyai hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah
  • Kumpulan yang dalam tempoh tanam semula bersama pihak FELDA.

Nota : Bantuan khas BMT ini hanya untuk warganegara Malaysia yang merupakan peneroka getah sahaja.

INFO LANJUT

Selain daripada bayaran fasa 2 BMT ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada awal tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button