Akaun 2FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran Bersyarat KWSP RM5,000 : Kini Telah Dibenarkan

Pengeluaran Bersyarat KWSP minimum RM5,000 kini dibenarkan dan boleh dilakukan pada tahun 2023 oleh ahli yang berkelayakan. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran untuk pencarum paada tahun ini.

PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Bermula April lalu, pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan bantuan pembiayaan pengeluaran melalui FSA2. Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini adalah merupakan sebuah kemudahan inisiatif bantuan pembiayaan kepada ahli KWSP melalui institusi perbankan.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau dikenali sebagai FSA2 KWSP ini pada asasnya membolehkan para pencarum KWSP membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat. Kemudahan ini bagi membantu setiap ahli yang berkelayakan dan memerlukan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan pada tahun ini.

Kemudahan FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa, buat masa ini permohonan bagai FSA2 fasa 1 telah dibuka sepanjang tahun 2023. Bagi fasa 2 akan dimaklumkan kelak oleh pihak KWSP.

Bayaran bagi pengeluaran FSA2 KWSP ini hanya akan dilakukan kepada pihak institusi bank apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun. Tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli yang memohon.

KADAR PENGELUARAN BERSYARAT KWSP YANG DIBENARKAN

Kepada ahli yang berminat untuk membuat pengeluaran khas bersyarat FSA2 KWSP ini. Untuk makluman, pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

Jumlah pengeluaran bergantung baki simpanan dalam akaun 2 KWSP dan ahli yang memohon perlu menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Untuk FSA2 KWSP fasa 1, hanya 2 institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.

KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT FSA2

Kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran bersyarat ini perlu mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun
  • Minimum RM3,000 amaun simpanan dalam akaun 2 KWSP
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Setiap permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
  • Jumlah amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (Tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh bank)

LANGKAH & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan dan langkah permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button