Kerajaan Setuju Pertimbangkan & Kaji Perlaksanaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Untuk sedia maklum dalam keadaan ekonomi tahun ini masih pasca pendemik Covid- 19, ramai rakyat yang mengeluh tidak cukup duit dan ada yang kehilangan sumber pendapatan. Terdapat juga ada golongan yang tidak mampu membayar sewa rumah dan menunggu masa untuk dihalau.
Ramai yang baru-baru ini menginginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP kali kedua dapat dilakukan bagi membantu sedikit sebanyak dalam bentuk kewangan. Bukan semua orang ada caruman KWSP hingga membolehkan pengeluaran seperi i-citra, i-lestari dan pengeluaran khas 10,000 baru-baru ini.
Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Menerusi kenyataan timbalan menteri kewangan iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar bin Abdullah pada hari isnin lalu telah menyatakan dalam dewan rakyat bahawa pihak Kerajaan telah setuju pertimbangkan pengeluaran khas KWSP kali kedua.
Tambahan beliau berkata, semua input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebatkan dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji selidik secara rapi dan sudah pasti pengeluaran khas KWSP 2.0 juga adalah sebahagian salah satu perkara yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pada waktu ini.
Hal ini kerana terdapat banyak lagi startegi yang pihak kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada golongan yang bekerja.
Kepada ahli / pencarum KWSP, anda jangan risau. Terdapat kemudahan dan jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan seperti untuk membina rumah, pendidikan, rawatan, ibadah haji dan lain-lain. Jika anda ingin semak atau mengetahui lebih lanjut berkenaan KWSP, anda boleh layari Portal Rasmi di – https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Maklumat Tambahan
Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI