Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 KWSP Fasa 1 : Pengeluaran Minimum Serendah RM3000

FSA2 KWSP Fasa 1 : Pengeluaran minimum serendah RM3000 kini dibenarkan pada tahun ini kepada ahli selagi menepati kriteria kelayakan. Untuk makluman umum, kemudahan istimewa ini dilaksanaan pada tahun 2024.

PENGELUARAN KWSP MELALUI FSA2 FASA 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah kemudahan pengeluaran bersyarat FSA2 dan mula dilancarkan pada April 2023. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini diadakan adalah bagi membantu para pencarum bagi mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

Bagi pengetahuan, kemudahan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan kadar dan syarat yang berbeza. Buat masa ini hanya dibuka permohonan bagi pengeluaran fasa pertama (1) melalui FSA2.

Dengan adanya kemudahan khas ini bertujuan membolehkan ahli KWSP melakukan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun. Inisiatif ini bagi membantu ahli yang memerlukan mendapatkan pembiayaan peribadi dari pihak bank.

KADAR PENGELUARAN KWSP FASA 1 YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menetapkan kadar jumlah pengeluaran yang dibenarkan melalui skim FSA2 ini adalah minimum serendah RM3000. Jumlah maksimum yang boleh dilakukan sehingga RM50000 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP FASA 1

Pihak KWSP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi membuat pengeluaran khas bersyarat FSA2 KWSP ini seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Mematuhi dan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank yang dimohon
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Simpanan minimum di dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000.

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN FASA 1

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pembiayaan pengeluaran khas FSA2 KWSP fasa 1 boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP

Bagi pengeluaran bersyarat fasa 1, institusi perbankan yang terlibat ada 3 iaitu CIMB Bank, MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button