BANTUANFASA 3rayuan strSTR

Rayuan STR : Tarikh Permohonan Dibuka 3 Julai

Rayuan STR boleh dikemukan kepada individu yang berstatus tidak lulus, kepada mereka yang mendaftar pada bulan Mac boleh membuat semakan. Untuk pengetahuan umum, pembayaran bantuan tunai STR fasa ketiga dalam proses pengkreditan.

RAYUAN STR BOLEH DIKEMUKAKAN

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 telah mula dikreditkan ke dalam akaun penerima. Bagi yang tiada kad bank, mereka boleh tebus secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Jun 2023.

Kepada mereka yang telah membuat semakan dan berstatus tidak lulus, jangan risau kerana pihak kerajaan membuka permohonan rayuan STR. Bermula 3 Julai sehingga 31 Julai boleh membuat permohonan rayuan bagi mereka yang terlibat.

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN

Terdapat 1 kategori yang tidak akan terima bayaran STR fasa kali ini. Kategori yang dimaksudkan adalah isi rumah (keluarga) berpendapatan RM5,000 kebawah dan tidak mempunyai anak, kategori ini tidak akan terima bayaran.

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan insentif STR tambahan kepada kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data e-kasih. Kepada yang layak, anda akan terima bantuan SARA bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Pengkreditan secara automatik ke dalam kad pengenalan berjumlah RM100 bermula Julai akan diberikan selama 6 bulan sehingga Disember 2023. Insentif tersebut boleh dibelanjakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar pada kadar yang telah ditetapkan.

SEMAKAN STR FASA 3

Kepada penerima sedia ada tidak perlu membuat rayuan STR, anda akan dibayar secara automatik mengikut kelayakan kategori. Kadar yang akan diberikan adalah RM150 sehingga RM800, jumlah bergantung kategori masing-masing.

Status terkini bayaran adalah dalam proses pengkreditan secara berperingkat. Penerima STR kini boleh membuat semakan status pembayaran secara online, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat pelbagai jenis inisiatif turut diberikan pada bulan ini seperti bantuan e-tunai belia rahmah. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button