BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

Kehidupan Sejahtera : Bantuan Ewallet RM300 Sebulan Untuk B40

Kehidupan Sejahtera : Bantuan Ewallet berjumlah RM300 sebulan ditawarkan kepada golongan B40 iaitu pendapatan RM3,000 kebawah. Untuk sedia maklum, ini merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini.

KEHIDUPAN SEJAHTERA : BANTUAN EWALLET

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai program bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Perlaksanaan program istimewa ini masih diteruskan pada tahun ini setiap bulan.

Kadar yang diberikan kepada pemohon yang berkelayakan adalah bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 dalam tempoh setahun. Dengan adanya insentif ini dapat membantu meringankan beban golongan B40 yang memerlukan dengan membeli barangan keperluan asas.

Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga untuk menghadapi pasca pendemik. Menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak adalah perkara penting bagi setiap ketua keluarga.

Program Bingkas ini juga telah menambah baik program kasih ibu smart Selangor (KISS) dan ibu tunggal (KISS IT). Adanya bantuan kehidupan sejahtera ini bukan sahaja golongan ibu yang menerima manfaat, tetapi seluruh keluarga dapat menikmati insentif RM300 sebulan ini.

KELAYAKAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas berjumlah RM300 sebulan ini seperti :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Golongan/ Kumpulan B40
  3. Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  5. Pemilih berdaftar
  6. Lahir di Selangor atau sudah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN

Kepada yang terlepas pandang jangan risau, permohonan bantuan khas Bingkas ini dibuka sepanjang tahun ini. Cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI

Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri, pasangan dan tanggungan yang tinggal bersama.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah meyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button