BANTUANBKMTarikh Pembayaran

Kategori Penerima Bayaran Tambahan BKM RM 500

Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan sebuah insentif bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan yang lebih mensasarkan kepada keluarga Malaysia yang memerlukan bagi membantu meringakan pembelanjaan dan kos sara hidup pada tahun ini.

Melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Pihak Kerajaan Malaysia telah bersetuju memberikan insentif tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima BKM yang layak. Di halaman ini telah disediakan maklumat berkenaan insentif tambahan BKM sebanyak RM 500.

Insentif Tambahan BKM RM 500

Sekiranya anda terlepas pandang, terdapat bayaran tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima BKM. Jika anda merupakan penerima BKM, anda boleh semak sekiranya anda layak teroma insentif bayaran tambahan BKM RM 500 ini.

Kadar Bayaran BKM Yang Diterima

  • Jumlah bayaran BKM tambahan sebanyak RM 500 seorang
  • Jumlah bayaran BKM maksimum sebanyak RM 2,000

Contohnya kepada penerima BKM yang layak terima bayaran tambahan BKM akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM 2,500. Ramai yang terlepas pandang mereka adalah penerima bantuan tambahan BKM 500 ini. Anda disyorkan untuk membuat semakan status.

Syarat Kelayakan BKM Tambahan

  • Individu merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak dan menepati syarat yang telah ditetapkan
  • Merupakan kategori isi rumah yang berstatus warga emas pada tahun ini

Panduan Cara Semak Kelayakan BKM Tambahan

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  2. Seterusnya sila log masuk akaun anda
  3. Kemudian tekan pada “Semakan status” untuk semak status permohonan BKM anda
  4. Status permohonan dan jumlah bayaran yang telah diluluskan automatik akan dipaparkan di skrin
  5. Jumlah bayaran tambahan BKM RM 500 akan tertera
  6. Sekiranya tiada paparan BKM tambahan di skrin anda bermaksud anda tidak layak menerima bayaran tambahan BKM.

Tarikh Bayaran BKM

Untuk makluman, pembayaran BKM 2022 telah mula dilaksanakan pada tarikh 28 Mac 2022 (Fasa 1) secara berperingkat. Untuk sedia maklum, pembayaran BKM tahun ini akan diberikan melalui 4 fasa dalam tahun 2022.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button