BANTUANBKMBKM TambahanTarikh Pembayaran

Bayaran Tunai Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia Bermula 27 Jun 2022

Bagi makluman semua, sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tarikh pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia. Beliau turut menyatakan akan mengadakan penambahan bantuan tunai tambahan kepada kategori Isi Rumah sebanyak RM 100 dan Bujang sebanyak RM 50 bagi setiap penerima.

Pembayaran BKM sudah terbahagi kepada 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember pada tahun 2022. Bagi sedia maklum, pembayaran bagi BKM fasa 1 sudah selesai diberikan. Kini rakyat sedang menunggu bayaran bagi BKM fasa 2 dalam beberapa hari saja lagi. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan BKM Fasa 2.

JADUAL RASMI BAYARAN BKM MENGIKUT FASA

PEMBAYARAN BKM FASA 1

  • Bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • Bujang
  • Isi Rumah
  • Warga Emas

PEMBAYARAN BKM FASA 2

  • Bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Isnin)
  • Isi Rumah
  • Warga Emas
  • Tambahan bayaran tunai RM 50 kepada bujang dan RM 100 kepada Isi rumah

PEMBAYARAN BKM FASA 3 

  • Bermula pada bulan September 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan)
  • Isi Rumah
  • Bujang
  • Warga emas

PEMBAYARAN BKM FASA 4 (AKHIR)

  • Bermula pada bulan Disember 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan)
  • Isi Rumah
  • Warga emas

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Pembayaran BKM Fasa 2 secara rasmi telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi akan bermula 27 Jun 2022 (Isnin) secara berperingkat sehingga selesai. Diharapkan penerima bersabar menunggu kemasukan bantuan di dalam akaun bank masing-masing.

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Bagi kadar bayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan semua kategori kecuali bujang sebanyak RM 100 sehingga RM 400. Jumlah bayaran yang akan diterima bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak. Baru-baru ini pihak Kerajaan telah mengumumkan penambahan bayaran yang akan diberikan iaitu RM 50 kepada bujang dan RM 100 kepada Isi Rumah. Bermula 27 Jun 2022 anda boleh menyemak berapa jumlah bayaran yang anda akan terima pada Fasa 2 ini. Sila layari Portal Rasmi BKM untuk semakan status anda – DI SINI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi membantu meringkan pembelanjaan Keluarga Malaysia pada tahun ini. Jika anda terlepas panda dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button