KWSPPengeluaran Khas

Jangkaan Jadual Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pada bulan lalu, pihak KWSP telah membenarkan kemudahan pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM 10,000. Hal ini memberikan kegembiraan kepada para ahli KWSP bagi membantu meringankan beban pada waktu ini.

Pihak KWSP juga telah mengeluarkan keputusan status permohonan secara rasmi. Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, boleh membuat semakan status melalui Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

Panduan Cara Semak Status (Lulus) Pengeluaran Khas

Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status bermula 9 April 2022 dan caranya seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI
  2. Tekan “Teruskan”
  3. Kemudian tekan butang “Semakan status permohonan”
  4. Sila isi / masukan nombor Kad Pengenalan anda
  5. Isi nombor telefon dan sahkan captcha
  6. Tekan butang “Semak status”
  7. Keputusan permohonan anda akan dipaparkan
  8. Sekiranya terpapar LULUS, jumlah permohonan yang anda mohon akan dikreditkan terus ke akaun bank pada 20 April 2022 – hari Rabu
  9. Kepada ahli yang membuat pengeluaran khas KWSP ini disarankan merancang pembelanjaan anda.

Jadual Pembayaran Pengeluaran Khas

Untuk makluman, kepada ahli yang berstatus lulus di jadualkan akan menerima pembayaran khas ini secara kredit terus ke akaun Bank pada 20 April 2022 jatuh pada hari Rabu. Terdapat sebilangan besar ahli yang dijadualkan akan menerima pada 21 April 2022 hari khamis.

Pihak KWSP meperingatkan kepada ahli yang bakal menerima pengeluaran khas ini agar menggunakan wang tersebut secara cermat dan berhemat, sentiasa merancang perbelanjaan supaya wang tersebut tidak di sia-siakan.

Secara umumnya ramai yang sudah tahu berkenaan tarikh pembayaran pengeluaran khas KWSP ini iaitu bermula 20-21 April 2022. Di sini ingin dikongsikan jangkaan waktu pembayaran pengeluaran khas KWSP dikreditkan ke dalam akaun Bank anda seiring waktu bekerja di Malaysia.

Jika merujuk kepada pembayaran sebelum ini iaitu i-Sinar, kebanyakkan Bank di seluruh Malaysia akan melakukan proses pengkreditan seiring dengan waktu bekerja ( 8 pagi – 12 tengah hari ) dan ( 2 petang – 5 petang )

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh terus menghubungi talian hotline Pengeluaran Khas – 03 8922 4848 bermula 1 April 2022 atau layari Laman Rasmi KWSP untuk maklumat lebih terperinci.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pebagai inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya melibatkan bantuan kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button