BANTUANBWEJKMWarga Emas

Permohonan Bantuan Kewangan BWE RM500

Permohonan bantuan kewangan BWE berjumlah RM500 sebulan dibuka sepanjang tahun ini untuk rakyat yang berkelayakan memerlukan. Untuk sedia maklum, salah satu inisiatif yang boleh dimohon oleh golongan yang terjejas adalah melalui skim bantuan kebajikan.

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BWE 2023

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan banyak insentif bantuan kewangan kepada golongan yang terjejas. Di bawah program skim bantuan kebajikan, terdapat sebuah bantuan yang menawarkan kadar bayaran sebanyak RM500 sebulan.

Permohonan bantuan kewangan BWE kini dibuka dan boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan seperti di bawah.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BWE

Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan kewangan BWE tahun ini seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  2. Individu berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan semasa bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin per kapita semasa dan purata miskin isi rumah semasa
  4. Tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan perkhidmatan secara percuma.

Info : Perlaksanaan program bantuan BWE ini adalah selaras dengan jadual serentak antara kerajaan pusat dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3, jadual ke-9 senarai perundangan.

KADAR BANTUAN DITAWARKAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan BWE ini pada kadar jumlah RM500 dan akan diberikan secara setiap bulan. Kepada yang menepati syarat kelayakan atau mempunyai ahli keluarga yang layak, disarankan untuk memohon bantuan khas ini.

PANDUAN CARA MOHON 

Sekiranya berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Panduan lengkap cara mohon bantuan BWE ini telah disediakan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button