BANTUANeKasih

e-Kasih : Panduan Daftar Permohonan & Semak Senarai Bantuan

Apa Itu eKasih?

Untuk makluman portal eKasih adalah merupakan sebuah sistem bantuan pengkalan data bagi keluarga miskin yang telah diwujudkan di seluruh negeri bagi membantu memantau program kemiskinan yang diperlukan.

eKasih ialah sistem Data Bank Kemiskinan Negara yang menyimpan maklumat-maklumat mengenai profail individu golongan miskin, program ini akan melibatkan bantuan yang akan diterima oleh Ahli Isi Rumah (AIR) dan Ketua Isis Rumah (KIR) daripada agensi pemberian bantuan sehingga kepada permohonan dan pemantauan bantuan yang diterima / keberkesanan sistem program.

Untuk individu yang ingin memohon Bantuan eKasih 2022, seseorang yang berpendapatan dibawah garis kemiskinan (PGK) bulanan semasa kira-kira RM 1000 (luar bandar) atau RM 1500 (bandar) dikira dalah golongan yang layak memohon.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah menyediakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah semasa – Bulanan, bagi setiap 2 tahun sekali.

Panduan Pendaftaran eKasih 2022

Kepada pemohon yang ingin mendaftar boleh teruk rujuk kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan anda. Orang awam atau Pemohon boleh menghadirkan diri terus ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri behampiran anda melalui cara seperti dibawah:

  1. Telefon
  2. E-mel Rasmi
  3. Sila membuat laporan daftarkan kes kemiskinan melalui Pemimpin tempatan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  4. Surat

Berikut adalah senarai nombor telefon PPN setiap Negeri dan pemohon boleh hubungi bagi tujuan pendaftaran atau ingin tahu maklumat lebih jelas.

  1. PPN Selangor – 03 55213600
  2. PPN Negeri Sembilan – 06 7659945
  3. PPN Wilayah Persekutuan – 03 40420260/61
  4. PPN Melaka – 06 3333333
  5. PPN Pahang – 09 5178208
  6. PPN Johor – 07 2234777
  7. PPN Terengganu – 09 6272000
  8. PPN Kelantan – 09 7455000
  9. PPN Sabah – 088 484800
  10. PPN Sarawak – 082 446582
  11. PPN Kedah – 04 7209236
  12. PPN Perlis – 04 9731976
  13. PPN Perak – 05 2497400
  14. PPN Pulau Pinang – 04 2185700
Dokumen Yang Perlu Pemohon Sediakan 

Bagi permohonan eKasih 2022, anda wajib menyediakan kelengkapan sembilan komponen bagi Ahli Isi Rumah ( AIR) dan Ketua Isi Rumah (KIR) seperti berikut:

  • Pekerjaan atau Kemahiran
  • Pendidikan
  • Lokasi
  • Harta
  • Bantuan
  • Pendapatan & status kesihatan
  • Butiran Ahli Isi Rumah (AIR) dan Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Kediaman semasa
Semakan Sistem Data
  • Selaraskan maklumat bantuan eKasih
  • Menyemak semakan status kemiskinan secara atas talian
  • Kemaskini maklumat kemiskinan secara atas talian
  • Pengiraan secara automatik berdasarkan PGK  status kemiskinan (miskin tegar/miskin)
  • Semakan statistik kemiskinan dan laporan penjanaan
Semakan eKasih

Bagi membuat sebarang semakan status Pendaftaran eKasih anda boleh membuat secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut KLIK DI SINI

pemohon juga boleh menghubungi terus ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN Bahagian Unit Kesejahteraan Rakyat) dan berikan maklumat anda seperti nombor kad pengenalan dan nama untuk tujuan membuat semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Bagi pengetahuan umum, semua data eKasih digunakan oleh agensi pemberian bantuan bagi tujuan mengenal pasti mereka yang benanr-benar layak berpandukan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Profil terkini semasa.

Pemohon boleh buat rujukan dengan cara menghubungi PPN Negeri seperti di atas atau boleh hubungi Ibu Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian rasmi 03 8000 8000 untuk menyatakan sebarang pertanyaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button