KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Secara Bulanan KWSP :Perkara Yang perlu Diketahui

Baru-baru ini pihak kerajaan bersetuju dengan cadangan kemudahan pengeluaran secara bulanan KWSP kepada pencarum. Untuk makluman, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu rakyat bagi meringankan beban mereka.

PENGELUARAN SECARA BULANAN KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaporkan bahawa sedang mempertimbangkan bagi perlaksanaan kemudahan pengeluaran secara bulanan KWSP.

Dalam rangka pertimbangan, pengeluaran secara bulanan ini akan dibuat apabila ahli KWSP mencapai umur 55 tahun. Dan secara mendatori kepada para pencarum baru pada masa akan datang.

Kemudahan pengeluaran ini dilihat mampu memberi peluang kepada ahli KWSP untuk menguruskan wang persaraan mereka. Adalah lebih baik mereka dapat menguruskan wang simpanan mereka secara bulanan.

Perlaksanaan kemudahan ini masih dalam pertimbangan dan akan dikaji lebih teliti dan perbincangan lanjut akan dibuat dengan pihak kerajaan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pegawai Eksekutif KWSP iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini.

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI

Untuk makluman dalam perkembangan lain, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP telah memaklumkan. Hanya sebahagian dari baki simpanan para pencarum yang akan ditukar kepada pendapatan bulanan.

Manakala baki simpanan selebihnya boleh dikeluarkan oleh pencarum secara penuh. Pihak KWSP mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadapat segala cadangan penambahbaikan dan memberi manfaat kepada ahli.

Pada tahun lalu, seramai lebih daripada 7,000 pencarum telah memilih secara sukarela mengunakan kaedah pengeluaran secara bulanan. Segala maklumat terkini berkenaan perkara ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN PENGELUARAN YANG ADA

Buat masa ini, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran KWSP secara sebahagian dan sepenuhnya melalui akaun 2. Ahli boleh mengeluarankan wang mereka untuk tujuan peribadi tersedia selagi menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran wang bagi tujuan seperti membeli rumah, menunaikan haji, rawatan, pendidikan dan sebagainya. Anda boleh semak kriteria kelayakan mengikut jenis kemudahan pengeluaran, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Atas dasar keprihatinan kerajaan perpaduan pada tahun ini, pelbagai dan lebih banyak insentif bantuan kewangan telah ditawarkan kepada rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button