BANTUANSTRTarikh Pembayaran

Jadual Bayaran STR 2023 Mengikut Fasa

Jadual bayaran STR 2023 atau Sumbangan Tunai Rahmah telah diumumkan akan dilaksanakan secara berperingkat (fasa). Bantuan STR ini adalah merupakan sebuah inisiatif pemberian dari pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia terutama kepada golongan b40 dan miskin.

PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Untuk makluman semua pada sidang bajet mini 2023 yang dibentangkan pada bulan Disember lalu, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim inisiatif dikenali sebagai Bantuan tunai rakyat (BTR). Namun pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umumkan bahawa BTR telah dijenama semula kepada Sumbangan tunai rahmah (STR).

Pertukaran nama sahaja diubah, kadar bantuan dan kategori penerima adalah sama. Dengan adanya bantuan tunai khas ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pembelanjaan rakyat Malaysia terutama yang memerlukan.

KATEGORI PENERIMA STR 

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan secara rasmi telah membuat kenyataan bahawa kategori yang akan terlibat bagi bayaran STR fasa 1 adalah bujang, isi rumah (keluarga) dan warga emas. Kadar yang akan diterima adalah berbeza iaitu RM100 akan diberikan kepada kategori bujang dan warga emas (bujang) dan RM300 kepada kategori Isi rumah.

Maklumat penerima STR adalah berdasarkan bantuan tunai tahun lalu iaitu BKM. Untuk sebarang kemaskini maklumat atau semakan status boleh dibuat di laman rasmi STR.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Bermula 17 Januari 2023, pihak kerajaan telah membuka portal rasmi STR bagi tujuan semakan status maklumat dan kemaskini. Jika anda ingin semak status kelayakan atau pembayaran STR, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

JADUAL BAYARAN STR 2023

Bagi pengetahuan umum, pembayaran sumbangan tunai rahmah (STR) akan disalurkan secara berfasa (berperingkat). Pembayaran akan melibatkan kategori dan kadar yang berbeza mengikut fasa.

Untuk bayaran STR fasa 1 telah diumumkan, pembayaran mula disalurkan secara berperingkat pada 17 Januari 2023. Kaedah bayaran dijalankan secara kredit terus ke dalam akaun dan secara tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

Bagi pembayaran seterusnya iaitu STR fasa 2, tarikh rasmi belum diumumkan. Mengikut bayaran bantuan tunai tahun lalu, beza fasa 1 dan 2 adalah 3 bulan. Dijangkakan pembayaran STR fasa 2 akan mula diberikan sebelum pertengahan tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button