BANTUANBAP

Pemberian Bantuan Tunai RM150 : Disalurkan Pada Bulan Ini

Pemberian Bantuan Tunai RM150 secara one-off telah mula disalurkan berperingkat mengikut kawasan pada bulan Mac ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif dibawah Belajawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM150

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian sumbangan bantuan awal persekolahan akan selesai diagihkan pada suku pertama tahun ini. Apa yang menarik adalah bantuan khas BAP tahun ini diberikan tanpa melibat had pendapatan keluarga.

Bantuan khas BAP ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan kadar bayaran berjumlah RM150 seorang. Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat dan murid akan menerima insentif ini sekaligus pada kadar ditetapkan.

Tujuan utama perlaksanaan program istimewa bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dengan adanya insentif tambahan ini ibu bapa dapat membuat persiapan awal persekolahan anak dengan kelengkapan yang secukupnya.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM150 (BAP)

Seperti sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan penerima bagi bantuan khas BAP RM150 ini adalah khusus kepada pelajar/ murid tahun 1 sehingga tingkatan 5. Kadar bantuan RM150 tersebut diberikan secara tunai atau kredit ke dalam akaun pelajar.

Sebagai contoh sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah, jumlah bantuan BAP bagi 1 keluarga tersebut adalah RM600. Dianggarkan sekitar lebih 11,000 buah sekolah terlibat yang membabitkan 4.6 juta penerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI BAP 2024

Bagi makluman, penyaluran bantuan khas BAP ini diagihkan kepada pelajar melalui pihak sekolah seluruh negara. Bagi tahun 2 hingga tingkatan 5, pembayaran diberikan pada bulan Januari 2024 secara berperingkat.

Manakala murid tahun 1 menerima insentif ini pada 10 Mac 2024, ini bermakna pada bulan ini telahpun selesai dibayar kepada semua pelajar. Apa yang penting adalah insentif khas ini perlu disalurkan telah kepada murid pada kadar RM150 tanpa perlu membuat pemotongan sebarang yuran.

Untuk butiran lengkap berkenaan bantuan khas awal persekolahan ini, sila layari laman rasmi – BAP (KPM) , kepada mereka yang belum menerima, sila rujuk pada pihak sekolah masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih jenis kemudahan dan insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button