BANTUANSARASTR TambahanSumbangan Asas Rahmah

Rasmi : Bantuan Tambahan RM100 Sebulan Untuk Penerima STR

Rasmi : Bantuan Tambahan RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam mykad penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula Januari 2024. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini.

RASMI : BANTUAN TAMBAHAN RM100 (BULANAN)

Kerajaan perpaduan telah mengumumkan bahawa pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini adalah sebahagian insentif dalam Belanjawan 2024. Bantuan tambahan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR tanpa perlu memohon.

Apa yang menarik adalah insentif istimewa ini akan diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah/ STR bagi tahun hadapan. Bukan itu sahaja, pada tahun lalu hanya kategori miskin tegar sahaja yang dapat dan atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk memberikan manfaat kepada semua kategori pada tahun 2024.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM100

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan tambahan SARA 2024 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Berada dalam kategori bujang, warga emas, isi rumah dan isi rumah miskin tegar

KADAR RASMI BANTUAN TAMBAHAN (SARA)

Pemberian insentif tambahan SARA akan disalurkan secara ewallet bukannya tunai melalui mykad. Kadar nilai jumlah bantuan mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • STR (Miskin tegar) : RM1,200
  • STR (Miskin) : RM1,200
  • STR (Isi rumah) : RM300
  • STR (Bujang) : RM150

Kategori baharu ini adalah berdasarkan data e-kasih dan JKM, pengagihan akan mula dilakukan pada Januari 2024 bagi kategori miskin dan miskin tegar dengan bayaran RM100x12 bulan. Manakala untuk penerima kategori lain akan dimaklumkan kelak.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN

Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Bagi mereka yang layak, amaun tersebut boleh digunakan dengan cara belanja untuk barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button