BANTUANBAPBKKBMTBTR

Senarai Bantuan Tunai Yang Dibayar Pada Bulan Ini

Senarai bantuan tunai dari pihak kerajaan yang akan dibayar pada bulan Januari 2023. Untuk makluman umum, ada beberapa inisiatif berbentuk kewangan yang dilaksanakan pada awal tahun ini yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Tidak kira kerajaan negeri mahupun persekutuan, inisiatif yang diperkenalkan terutama dalam bentuk bantuan tunai amat diperlukan oleh rakyat yang memerlukan. Di halaman ini dikongsikan maklumat berkenaan senarai bantuan yang akan dibayar pada bulan ini seperti berikut.

BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) FASA 1

Untuk makluman, program bantuan BTR ini adalah bantuan yang baru diperkenalkan pada tahun 2023. Bantuan ini bagi menggantikan bantuan terdahulu seperti BPR, BR1M, BSH dan BKM.

Pembayaran bagi BTR fasa 1 telah diumumkan, pada awalnya dijadualkan pada bulan Mac, namun di atas keprihatinan kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan bayaran pada bulan Januari 2023. Dijangkakan bayaran akan mula disalurkan pada pertengahan atau penghujung bulan ini.

Bantuan tunai fasa 1 akan melibatkan 2 kategori iaitu bujang sebanyak RM100 dan keluarga RM300. Segala maklumat berkenaan tarikh rasmi bayaran BTR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bagi bantuan khas kewangan ini adalah merupakan insentif yang diberikan kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan pada tahun ini. Bantuan ini akan diberikan pada kadar RM350 bagi pesara dan RM700 kepada penjawat awam gred 56 kebawah.

Bagi pembayaran, pihak kerajaan telah umumkan secara rasmi bayaran akan diberikan pada 17 Januari 2023 kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada awal persekolahan biasanya keluarga sibuk membeli barangan keperluan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran bantuan awal persekolahan (BAP) akan mula dilaksanakan pada 12 Januari 2023 secara berperingkat mengikut kawasan sekolah.

Kadar bayaran adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid dan diberikan secara one-off. Tambahan bantuan ini akan diberikan tanpa melihat had pendapatan keluarga bagi memberi manfaat kepada lebih ramai murid pada tahun ini.

BANTUAN BMT

Untuk sedia maklum, bantuan musim tengkujuh (BMT) telah disalurkan pada bulan november dan disember 2023 dengan jumlah bantuan sebanyak RM600. Insentif khas ini adalah untuk rakyat Malaysia yang merupakan pekebun kecil.

Bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bayaran BMT tambahan RM200 pada bulan Januari 2023. Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BMT ini, sila layari portal rasmi Pekebun Kecil Makmur – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada senarai bantuan tunai yang diberikan pada bulan ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button