BANTUANBERNAS

Bantuan Tunai BERNAS RM250 ~ Semak Senarai Penerima

Bantuan tunai BERNAS adalah merupakan inisiatif khas yang dilaksanakan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa BERNAS telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukkan. Sebanyak RM10 juta pada bulan Disember 2022 serta RM50 juta pada tahun 2023.

Program insentif khas ini akan mula diberikan pada bulan Januari 2023. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan kewangan BERNAS RM250.

BANTUAN TUNAI BERNAS

Untuk makluman, selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) iaitu Mohamad Sabu. Beliau telah mengumumkan program bantuan yang dikenali sebagai bantuan tunai BERNAS. Program ini akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM250 untuk setiap penerima yang layak.

Kira-kira seramai 20,600 para pesawah akan menerima manfaat insentif daripada pemberian sumbangan BERNAS yang berjumlah RM250 sekali bayar bagi setiap penerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BERNAS 

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan bagi 3 buah negeri di kawasan patai timur dahulu. Negeri yang terlibat adalah terengganu, kelantan dan pahang.

Bagi pembayaran pula, pemberian akan dilaksanakan selewat-lewatnya bermula pada 16 Januari 2023. Manakala bagi negeri lain turut akan disalurkan secara berperingkat. Untuk informasi, insentif khas ini adalah untuk rakyat Malaysia yang merupakan pesawah.

BANTUAN KEWANGAN YANG DIBERIKAN PADA BULAN INI

Selain bantuan BERNAS terdapat bantuan lain yang diberikan kepada rakyat Malaysia khususnya untuk kumpulan B40 dan miskin tegar pada bulan Januari 2023.

Untuk makluman bayaran bagi Bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1 RM100 dan RM300 untuk kategori bujang dan keluarga akan diberikan pada pertengahan atau penghujung bulan ini.

Bagi bantuan awal persekolahan RM150 akan disalurkan pada 12 Januari ini. Manakala bagi bantuan khas kewangan RM350 dan RM700 akan diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bermula 17 Januari 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai inisiatif baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini dan bantuan lama yang masih diteruskan pada tahun 2023 terutama bantuan berbentuk kewangan.

Kepada anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button