BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR Fasa 4 : Jumlah Bayaran Bagi Kategori B40 & M40

MySTR Fasa 4 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang dibayar buat kali terakhir bagi tahun 2023. Bagi sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah diberikan secara berperingkat pada tahun ini dan kini sudah sampai kepenghujungnya.

MYSTR FASA 4

Bagi makluman umum bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan lebih awal dijadualkan mula diagihkan pada bulan November 2023. Pemberian akan dijalankan secara berperingkat iaitu kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.

Kategori yang akan terlibat dalam pemberian MySTR fasa 4 adalah warga emas sebatang kara dan isi rumah kategori B40 serta M40. Manakala bagi kategori bujang pula tiada akan menerima bayaran kerana telah selesai pada fasa ketiga.

JUMLAH BAYARAN MYSTR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada bayaran Fasa keempat mengikut kategori kelayakan masing-masing :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Tanggungan anak (5 dan ke atas) : RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Tanggungan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Tanggungan anak (5 dan ke atas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • Seorang : RM200

BUJANG (21- 59 TAHUN)

  • Tiada bayaran (RM0)

JADUAL TARIKH BAYARAN MYSTR 2023

Pihak kerajaan telah menetapkan jadual bayaran bagi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) secara berfasa seperti berikut :

  • Fasa 1 STR : Bermula 17 Januari 2023, bayaran dikreditkan secara berperingkat (Selesai)
  • Fasa 2 STR : Bermula 5 April 2023, bayaran dikreditkan secara berperingkat (Selesai)
  • Fasa 3 STR : Bermula 26 Jun 2023, bayaran dikreditkan secara berperingkat (Selesai)
  • Fasa 4 STR : Bermula bulan November 2023 (Tarikh rasmi bayaran akan dikemaskini)

STR TAMBAHAN

Untuk makluman, satu lagi insiatif telah dilaksanakan bermula Julai lalu iaitu STR tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) SARA. Bantuan tambahan ini diberikan kepada penerima STR yang berstatus miskin tegar melalui data ekasih.

Inisiatif dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas ini bernilai RM600 yang dikreditkan ke Mykad setiap bulan RM100 sehingga Disember.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada penerima sedia ada STR tahun ini, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button