BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Kategori Penerima Layak Dapatkan Bayaran Fasa Ke-4

MySTR : Kategori Penerima yang layak mendapatkan bayaran fasa ke-4 adalah isi rumah B40 & M40 serta warga emas. Untuk pengetahuan umum, pemberian kali ini adalah merupakan pembayaran fasa terakhir bagi tahun 2023.

MYSTR : KATEGORI PENERIMA BANTUAN

Seperti sedia maklum, kini sudah hampir tiba kepenghujung perlaksanaan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR. Bantuan berbentuk kewangan ini adalah merupakan inisiatif yang melibatkan dana peruntukan terbesar bagi bantuan pada tahun ini.

Kategori penerima bantuan STR ini terdiri daripada bujang, warga emas dan isi rumah (Keluarga). Jumlah keseluruhan bantuan STR adalah sehingga RM2,500 dan kadar ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN FASA AKHIR MYSTR

Kepada penerima sedia ada STR yang telah mendapat bayaran dari fasa pertama sehingga fasa ketiga, hanya kategori warga emas dan isi rumah yang akan terlibat menerima bantuan fasa 4.

Bagi kategori bujang hanya dibayar sehingga fasa 3 yang melibatkan jumlah keseluruhan RM350. Manakala bagi mereka yang berstatus tidak lulus pada fasa 3 dan telah kemukakan rayuan, mereka yang lulus akan menerima baki bayaran pada fasa terakhir nanti.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KE-4

Berikut adalah kadar bayaran yang akan dibayar kepada penerima STR fasa keempat mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  1. Tidak mempunyai anak : RM200
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM600
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM900
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  1. Tidak mempunyai anak : Tiada bayaran (RM0)
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM300
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  1. Warga emas : RM200
  2. Bujang : Tiada bayaran (RM0)

SEMAK STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Info : Pemberima fasa keempat akan mula diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia pada bulan November.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button