BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 : Boleh Dimohon Bulan Ini

Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 boleh dimohon pada bulan ini oleh setiap mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas berbentuk bantuan khas ini merupakan sebahagian insentif yang masih terus dilaksanakan pada tahun 2024.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300

Untuk makluman, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program sumbangan inisiatif bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM300 sebulan.

Pada tahun lalu, sekitar 30,000 buah keluarga menerima manfaat pada kadar yang ditetapkan daripada program bantuan khas. Bantuan istimewa ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit ewallet setiap bulan.

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif ini sebanyak RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas harian di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Kerajaan negeri telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan khas ewallet RM300 ini yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar.

PANDUAN DAFTAR BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Sementara permohonan masih dibuka, mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, setiap pemohon perlu sertakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan. Butiran lengkap dan permohonan juga boleh dilakukan melalui aplikasi ‘SELANGKAH’ yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih lagi jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button