Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP FSA2 : Permohonan Fasa 1 Kini Dibuka

Pengeluaran KWSP FSA2 (Fasiliti Sokongan Akaun 2) bagi permohonan fasa 1 kini dibuka untuk pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran. Untuk makluman, kemudahan pengeluran FSA2 KWSP ini dilaksanakan secara 2 fasa.

PENGELUARAN KWSP FSA2 TAHUN 2023

Untuk sedia maklum, bermula 7 April ini para ahli / pencarum KWSP sudah boleh membuat permohonan pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2. Permohonan akan dibuka selama setahun, kepada ahli yang menepati kelayakan boleh memohan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang mengambil bahagian iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB. Pihak KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak jenis bank yang akan mengambil bahagian pada masa akan datang.

Bagi permohonan fasa 1, ahli yang berumur 40 tahun dan ke atas layak membuat permohonan dan tertakluk pada kesediaan pihak bank yang mengambil bahagian. Untuk makluman, pihak bank akan kendalikan sepenuhnya proses permohonan bagi pembiayaan peribadi pengeluaran kwsp FSA2 ini.

KELAYAKAN FSA2 KWSP

Untuk pengetahuan umum sebelum membuat permohonan, ahli perlu buat semakan awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP. Permohonan perlu dibuat mengikut syarat serta terma yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

Kemudahan pembiayaan pengeluaran ini sesuai untuk ahli KWSP yang mempunyai baki simpanan akan 2 dan disokong dengan pendapatan bulanan yang berpatutan.

TARIKH PERMOHONAN FSA2 KWSP FASA 1 

Untuk makluman, hanya 2 institusi perbankan yang terlibat buat masa ini. Tarikh permohonan mula dibuka pada 7 April (MBSB) dan 15 April (BSN).

PEMBIAYAAN PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Kadar jumlah kadar yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 tertakluk pada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP pemohon.

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP FSA2

Kepada ahli yang ingin membuat permohonan sebelum raya, anda boleh membuat permohonan secara atas talian. Sila semak panduan cara mohon yang telah disediakan di laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Jika berkeperluan ahli boleh membuat permohonan, tetapi jika tidak perlu anda disarankan untuk tidak membuat pembiayaan ini. Kerana wang anda yang ada dalam KWSP adalah seeloknya dikeluarkan pada masa akan datang (persaraan).

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button