BANTUANBMT

Bayaran Bantuan BMT RM 300 Sebulan Diberikan Pada Bulan November & Disember 2022

Tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan tidak kira golongan mahupun status terutama kepada golongan sasar iaitu b40 dan miskin tegar.

Sudah hampir ke penghujung tahun 2022 ini masih ada lagi bantuan yang disediakan iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), bantuan ini diseliakan sepenuhnya oleh pihak RISDA yang memberikan bantuan sebanyak RM 600 kepada yang layak bagi meringankan beban semasa musim tengkujuh yang bakal dihadapi.

Syarat Kelayakan Bantuan BMT

  • Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia
  • Penerima hanya layak mendapatkan bantuan ini sekali sahaja
  • Pemilik sah tanah untuk pemilik usahawan atau pengesahan dari pemilik asal tanah bagi penoreh bukan pemilik
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • Memperolehi kad permit kuasa getah PAT-G yang sah bagi penoreh bukan pemilik

Permohonan BMT

Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan telah ditutup pada 25 September 2022. Namun begitu anda masih boleh membuat rayuan permohonan sehingga 31 Oktober 2022 sebelum maklumat dikemaskini. Untuk maklumat penuh berkenaan permohonan dan semakan, anda boleh layari laman rasmi RISDA – DI SINI

Jadual Bayaran Bantuan BMT 2022

Bagi pembayaran pula, jadual bayaran bagi BMT ini akan melalui 2 fasa iaitu pada bulan November dan Disember sebanyak RM 300 sebulan.

Kaedah pembayaran akan dijalankan secara pemindahan dana elektronik (EFT) ke akaun bank yang aktif penerima telah didaftarkan semasa permohonan di dalam borang.

Maklumat Lanjut

Terlalu banyak inisiatif kewangan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini, jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan kerajaan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama untuk membuat semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button