BANTUANBINGKASe-Dompet

Bingkas 2024 : Bantuan eDompet RM300 Sebulan Untuk B40

Bingkas 2024 : Bantuan eDompet bernilai RM300 sebulan kini ditawarkan kepada golongan B40 iaitu pendapatan dibawah RM3,000. Inisiatif khas berbentuk bantuan ewallet ini telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

BINGKAS 2024 : BANTUAN EDOMPET RM300

Tahukah anda pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif khas yang dikenali sebagai program bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Insentif bantuan ini bukan diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk eDompet.

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif tambahan bernilai RM300 sebulan atau bersamaan RM3,600 dalam tempoh setahun. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit berdaftar.

Pada tahun tahun lalu pihak kerajaan negeri telah menyasarkan sekitar 30 ribu keluarga akan mendapatkan manfaat yang ditawarkan ini. Kepada yang memerlukan, permohonan boleh dikemukakan selagi masih dibuka.

KELAYAKAN BANTUAN EDOMPET BINGKAS 2024

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bantuan khas RM300 sebulan ini yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Kategori B40
  • Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EDOMPET 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada tahun ini. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – Bingkas

Pemohon juga boleh kemukakan permohonan melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di appstore telefon masing-masing.

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, individu perlu sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir (Tanggungan / anak)
  • Salinan sijil penceraian/ kematian/ surat laporan polis (Kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan penyata EA atau KWSP (Untuk pekerja swasta)
  • Salinan penyata pendapatan/ slip gaji (Untuk penjawat awam)
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (Untuk bekerja sendiri/ tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button