Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM 350 ~ Semak Kelayakan

Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang memerlukan secara bulanan.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan pihak seliaan bagi bantuan-bantuan seperti Warga emas, bantuan orang kelainan upaya, bantuan kanak-kanak dan termasuk bantuan am persekutuan.

INSENTIF SEHINGGA RM 350

Untuk makluman, bantuan Am Persekutuan ini diwujudkan adalah bertujuan bagi membantu golongan kurang bernasib baik dari segi kewangan. Secara dasarnya menampung pembelanjaan harian individu atau keluarga pada tahun ini.

Kadar bantuan diberikan dengan jumlah sebanyak RM 100 sehingga RM 350 bagi setiap keluarga yang layak. Jumlah bantuan ditentukan bergantung kelayakan permohonan. Sekiranya anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI

SYARAT KELAYAKAN

Untuk sedia maklum, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi permohonan bantuan Am Persekutuan ini seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu yang ingin memohon merupakan golongan yang memerlukan dan tidak diliputi di bawah bantuan lain
  • Pemohon bukan dari golongan M40.

PANDUAN PERMOHONAN

Di bawah telah disediakan panduan permohonan bantuan Am Pesekutuan. Anda boleh ikuti langkah seperti berikut:

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI
  • Kemudian sila ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
  • Anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri pilihan
  • Sila isi maklumat peribadi – Nombor Kad Pengenalan
  • Sediakan borang penting berkaitan.

BORANG BERKAITAN 

  • Borang permohonan bantuan JKM 18 – DI SINI
  • Borang kaji semula bantuan JKM 20 – DI SINI

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut:

  • Salinan Kad pengenalan terbaru pemohon
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (Jika kategori OKU)
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan penyata gaji
  • Salinan surat akuan pendapatan sekiranya bekerja sendiri
  • Sediakan salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau telefon

Jika anda telah membuat permohonan, semakan status boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi JKM yang telah disediakan diatas.

INFO LANJUT

Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan am persekutuan ini, sila hubungi pihak JKM di talian – 03 8000 8000 atau Faks – 03 8323 2045.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button