Pembayaran bantuan tunai berjumlah RM900 akan diberikan kepada golongan B40 bagi kategori isi rumah. Untuk sedia maklum pemberian Sumbangan Tunai Rahmah kira tinggal hanya 1 fasa sahaja lagi.
BANTUAN TUNAI 2023
Pihak kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah melibatkan dana peruntukan terbesar. Dan diberikan kepada kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melibatkan 4 kali fasa pembayaran. Buat masa ini bayaran bagi fasa pertama sehingga fasa ketiga telah selesai dibayar. Jadual bayaran bagi STR 2023 adalah pada bulan Januari, April, Jun dan November.
BANTUAN TUNAI BERJUMLAH RM900
Pada pembayaran STR fasa terakhir (4) nanti, bayaran bantuan tunai berjumlah RM900 akan diberikan kepada kategori :
- Isi rumah
- Pendapatan bulanan di bawah RM2,500 (B40)
- Mempunyai tanggungan anak seramai 3-4 orang
Selain dari kategori diatas, semua penerima sedia akan akan terlibat mendapat insentif khas ini kecuali bujang. Kadar yang akan diberikan pada fasa 4 nanti adalah RM200 sehingga RM1,200, jumlah bergantung kategori kelayakan.
KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN
Tidak semua kategori akan terlibat semasa pembayaran STR fasa ke 4 nanti. Di bawah adalah kategori yang tidak akan menerima bayaran :
- Isi rumah M40 yang tiada anak
- Isi rumah M40 yang mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
- Bujang (21 hingga 59 tahun)
INSENTIF TAMBAHAN (SARA)
Kepada penerima isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data simpanan ekasih. Kalian layak mendapatkan bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.
Kepada penerima yang layak akan dikreditkan setiap bulan berjumlah RM100 selama 6 bulan. Jadual bayaran STR tambahan adalah bermula Julai sehingga Disember 2023.
KEMASKINI RAYUAN & SEMAKAN STATUS
Untuk pengetahuan umum, sepanjang bulan ini permohonan rayuan dan semakan status boleh dilakukan. Penerima sedia ada dan pendaftaran baru yang lulus, semakan status dan rayuan boleh dilakukan, sila layari laman rasmi MySTR – SEMAK DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan yang ditawarkan kepada golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK SINI sebagai rujukan.