BANTUANSARASTRSTR TambahanTarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran Bantuan SARa Bernilai RM600 : Telah Diumumkan

Tarikh bayaran bantuan SARa bernilai RM600 telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Untuk makluman, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARa) atau lebih dikenali sebagai STR tambahan akan mula diagihkan pada 17 Julai 2023.

BANTUAN SARA RM600

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, seramai kira-kira 200,000 penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bermula isnin ini.

Kepada mereka yang layak, insentif tambahan STR ini boleh digunakan dengan cara membelanja untuk membeli barangan keperluan asas. Pemberian inisiatif tambahan ini adalah dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas yang bernilai RM600.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Jadual tarikh bayaran bantuan SARa (STR tambahan) telah dimaklumkan akan diagihkan secara berperingkat seperti berikut :

  • Bermula 17 Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100

Pengagihan bantuan khas SARa ini akan dijalankan selama 6 bulan berturut-turut kepada penerima STR yang layak.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Bagi pengetahuan umum, kriteria syarat kelayakan penerima bantuan khas STR tambahan (SARa) bernilai RM600 ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada STR
  • Kategori isi rumah
  • Golongan miskin tegar

Info : Anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini secara online. Sila layari laman rasmi –EKASIH untuk membuat semakan.

Sekiranya maklumat anda dipaparkan pada skrin bermaksud anda layak terima, manakala jika tiada paparan bermakna anda tidak layak.

INISIATIF LAIN

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memperluaskan perlaksanaan inisiatif untuk membantu rakyat. Antaranya adalah skim bantuan perubatan Madani ke 7 negeri lagi di bandar yang mempunyai penduduk ramai.

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif khususnya berbantuk bantuan kewangan telah dilancarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40.

MAKLUMAT LANJUT

Kepada mereka yang terlepas padang, pihak kerajaan telah menawarkan lebih banyak bantuan pada tahun ini untuk golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button