BANTUANKWSP

Kriteria Penerima Bantuan KWSP RM500 :Kredit Ke Dalam Akaun1

Kriteria penerima bantuan KWSP berjumlah RM500 telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun 1. Untuk makluman, bantuan khas ini adalah salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023.

BANTUAN KWSP BERNILAI RM500

Kerajaan perpaduan telah melancarkan sebuah bantuan tambahan secara caruman KWSP sebanyak RM500 sekali bayar (One-off). Insentif khas ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun 1 KWSP para pencarum.

Insentif tambahan ini ditawarkan kepada ahli KWSP yang berumur 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000. Program ini akan memberi manfaat kepada ahli yang berkelayakan dengan jumlah sebanyak RM100.

Perlaksanaan program bantuan khas ini telah melibatkan dana peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada tahun ini.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN KWSP

Berikut adalah kriteria penerima bantuan KWSP (syarat kelayakan) yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Mempunyai baki simpanan KWSP tidak melebihi RM10,000
  • Berumur 40 hingga 55 tahun

Kepada ahli yang menepati kelayakan diatas, kalian layak untuk menerima insentif RM500 secara one-off ke dalam akaun 1.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Pihak KWSP juga telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran pembiayaan melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Perlaksanaan pembiayaan pengeluaran ini akan dilancarkan secara 2 Fasa, fasa pertama kini telah dibuka permohonan sepanjang tahun ini.

Pengeluaran wang melalui FSA2 KWSP ini dibenarkan minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Kemudahan ini adalah bagi membantu pencarum untuk memudahkan membuat pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang terlibat.

Kepada ahli yang berminat, permohonan boleh dilakukan selagi menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif, kemudahan dan bantuan berbentuk kewangan yang telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Perlaksanaan pelbagai program ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian membuat permohonan – SEMAK SINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button