BANTUANKanak-kanak

Bantuan Awal Persekolahan RM 150 Seorang

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan tunai kepada golongan kanak-kanak. Program bantuan ini adalah bagi mengurangkan beban setiap keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah.

Bantuan ini disalurkan setiap tahun pada awal suku pertama bagi persiapan persekolahan anak-anak.

PROGRAM BANTUAN BAP

Program Bantuan ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun sebelum ini. Untuk makluman, pada tahun sebelum bantuan ini diberikan khas kepada golongan keluarga yang berpendapatan RM 3,000 kebawah.

Namun bagi BAP yang terbaru, tiada had pendapatan ibubapa. Semua murid akan menerima bantuan khas ini secara sekali bayar sahaja. Program bantuan ini juga telah melibatkan dana peruntukkan bantuan sebanyak RM 826 juta.

KADAR BANTUAN

Untuk sedia maklum, bantuan ini telah ditambahbaik pada kadar sebelum ini RM 100 seorang kepada RM 150 seorang bagi setiap murid. Kadar bantuan awal persekolahan ini dinaikkan atas sebab peredaran masa dan bagi meringankan pembelanjaan keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Dengan adanya penambahan kadar bayaran bantuan ini, setiap murid yang berkelayakan akan terima bantuan RM 150. Sekiranya satu keluarga mempunyai anak seramai 2 orang bermakna akan mendapatkan RM 300.

JADUAL PEMBAYARAN

Untuk makluman, pembayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada bulan Januari setiap tahun. Bagi semakan lebih terperinci berkenaan BAP ini, anda boleh rujuk di laman rasmi – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan awal persekolahan ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada waktu ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button