BANTUANBWEJKM

Rasmi : Permohonan Bantuan Khas (BWE) RM500 Kini Dibuka!

Rasmi : Permohonan Bantuan Khas (BWE) bernilai RM500 sebulan kini telah dibuka kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif istimewa ini merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

RASMI : PERMOHONAN BANTUAN KHAS (BWE)

Kepada yang terlepas pandang, sekiranya anda berada dalam golongan kurang berkemampuan, terdapat bermacam jenis insentif tambahan yang boleh dimohon. Piha Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan jenis-jenis bantuan pada kadar RM100 hingga RM1,000 setiap bulan.

Salah satu insentif yang masih boleh dimohon adalah Bantuan Warga Emas (BWE) yang menyediakan bayaran RM500 sebulan kepada pemohon yang lulus. Kepada mereka yang berjaya dan layak akan menerima insentif ini secara automatik bulanan.

Tujuan utama perlaksanaan insentif bulanan ini adalah bagi meringankan beban dan membantu meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti. Jika anda mempunyai ibu bapa, kenalan atau saudara yang menepati kriteria, permohonan bantuan khas BWE ini boleh dikemukakan secara langsung.

KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM500

Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi mendapatkan manfaat daripada insentif BWE RM500 ini :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Pemohon bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan percuma

Bagi makluman umum, semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent list) diantara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN (BWE) RM500

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang disediakan oleh kerajaan ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (BWE) – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button