BANTUANBaucarSAVE

Semua Golongan Layak Tebus Bantuan Percuma RM 400 Bermula Oktober

Bermula Oktober pada tahun ini sekiranya anda masih belum tebus baucar percuma ini dan sedang mencari barangan peralatan elektrik, kalian boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan untuk tahun 2022.

BAUCAR PERCUMA SAVE UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Untuk sedia maklum melalui Program SAVE 3.0 ini, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 bagi pembelian barangan peralatan elektrik (Cekap Tenaga). Program ini untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik mempunyai label cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan elektrik yang diiktiraf dan menerima label cekap tenaga 4 dan 5 bintang daripada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST).

Perlaksanaan program ini adalah sambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 pada tahun sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga dan sekaligus menyumbangkan kepada penjimatan elektrik – bil bulanan anda.

Kadar Bantuan Baucar SAVE 3.0

Kepada individu atau isi rumah yang layak akan mendapat maksimum sehingga RM 400 e-rebat (RM 200 untuk Kategori 1 dan RM 50 – RM 200 untuk Kategori 2).

Baucar ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan peralatan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

Kategori SAVE 3.0 

Kategori 1 : Pembelian peti sejut dan penghawa dingin

Kategori 2 : Pembelian Televisyen, Mesin basuh, periuk atau ketuhar gelombang mikro.

Syarat Kelayakan SAVE 3.0

Berikut adalah syarat yang telah ditetapkan untuk tebus baucar percuma ini.

  • Program ini hanya diberikan kepada individu dan isi rumah yang berstatus warganegara Malaysia yang sah sahaja
  • Program tebus baucar ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First Come First Serve’
  • Pembelian boleh dibuat secara online di mana-mana platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan PG Mall
  • Pembelian boleh juga dibuat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya yang berdaftar
  • Bagi penerima e-rebat bagi program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 dalam program SAVE 3.0

Cara Tebus Baucar Percuma SAVE 3.0

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan, anda boleh menebus baucar e-rebat SAVE 3.0 secara online. Sila layari laman platform e-dagang pilihan anda yang telah disediakan seperti berikut :

  • Sekiranya anda ingin menebus di Lazada, sila layari laman rasmi – KLIK DI SINI
  • Sekiranya anda ingin menebus di Shopee, sila layari laman rasmi – KLIK DI SINI

Bagi tempoh perlaksanaan bagi program SAVE 3.0 ini telah ditetapkan bagi tahun 2022. Anda boleh menebus pada bila-bila masa dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program SAVE 3.0 ini, anda boleh terus layari laman rasmi Saveenergy – DI SINI

Maklumat Lanjut

Untuk makluman semua, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis Program dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button