BANTUANBeliaeTunaieWallet

Bantuan ETunai Rahmah RM200 Untuk B40

Bantuan etunai rahmah berjumlah RM200 untuk golongan B40 telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang belanjawan 2023. Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diumumkan oleh perdana menteri melalui belanjawan 2023.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah bantuan KWSP RM500, bantuan lesen memandu e-hailing, teksi, bas dan lesen motorsikal kelas B2. Tidak terkecuali bantua untuk kumpulan belia iaitu kredit e-tunai belia rahmah yang ditawarkan sebanyak RM200 seorang secara one-off.

BANTUAN ETUNAI BELIA RAHMAH 

Seperti disediakan maklum pada tahun lalu bantuan ewallet disediakan pada kadar RM150 seorang. Pada tahun ini bantuan epemula telah dijenamakan semula kepada kredit etunai belia rahmah yang ditawarkan pada kadar RM200 seorang.

Tujuan perlaksanaan inisiatif ini adalah bagi memberi bantuan untuk meringankan beban golongan belia pada tahun ini. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya  pembayaran tanpa tunai dan inisiatif yang ditawarkan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia yang berumur18 sehingga 20 tahun.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan eWallet yang ditawarkan untuk belia B40 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan individu belia berumur 18, 19 dan 20 tahun
  • Individu berumur 21 tahun keatas yang merupakan pelajar sepenuh masa.

KADAR BANTUAN 

Untuk tujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, kerajaan menawarkan inisiatif bantuan kredit e-tunai belia rahmah pada kadar RM200 seorang.

CARA TEBUS BANTUAN

Buat masa ini hanya maklumat berkenaan bantuan kredit etunai rahmah yang telah dimaklumkan seperti diatas. Segala maklumat mengenai bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

Perlaksanaan bantuan kredit etunai belia rahmah ini secara rasmi telah dimaklumkan semasa pembentangan BELANJAWAN 2023 pada 24 Februari lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan sasar. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button