BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE 2023 : Bantuan RM500 Sebulan kepada Yang Memerlukan

BWE 2023 : Bantuan RM500 sebulan ditawarkan kepada golongan yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif telah disediakan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

BWE 2023 : BANTUAN RM500 SEBULAN

Pihak kerjaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai insentif dalam Skim bantuan kebajikan. Salah satu inisiatif yang ada ialah bantuan warga emas (BWE) yang diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak.

Untuk makluman, ini merupakan usaha dari pihak JKM bagi membantu golongan orang tua atau warga emas yang kurang bernasib baik dalam kewangan. Atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan istimewa ini.

Kadar jumlah bayaran bantuan BWE juga telah dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding pada tahun 2021 sebanyak RM350 sebulan. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban golongan warga emas bagi meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE 2023

Pihak JKM telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan kewangan RM500 sebulan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 60 tahun dan keatas (Warga emas)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Perlaksanaan bantuan-bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 jadual kesembilan senarai perundangan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BWE 2023

Jika anda, ahli keluarga atau mempunyai kenalan yang memerlukan dan menepati kelayakan, permohonan boleh dikemukakan segera. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dilakukan, pemohon disarankan menyediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi JKM seperti diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button