BANTUANPERKESOPSU

Permohonan Bantuan Kewangan Sebanyak RM 600 Sebulan Dilanjutkan sehingga Mac 2022

Terdapat pelbagai Insentif Bantuan yang telah diumumkan dan dilaksanakan pada tahun 2022. Tujuan Bantuan tambahan bagi meringankan beban serta membantu kos sara hidup rakyat yang terjejas akibat kemerosotan ekonomi yang berlaku pada waktu ini.

Salah satu bantuan yang sudah lama dilancarkan dan di teruskan perlaksanaannya ialah Insentif Bantuan Program Subsidi Upah 5.0 atau dikenali sebagai (PSU). Insentif kewangan ini akan diberi kepada yang layak sebanyak RM 600 sebulan dan penerima akan mendapat insentif ini selama 3 bulan bersamaan jumlah bayaran sebanyak RM 1,800 maksimum.

Info Program Subsidi Upah 5.0

Program Subsidi Upah ini sudah lama dilaksanakan. Insentif Bantuan Kewangan sudah masuk edisi kelima atau dikenali PSU 5.0 pada tahun 2022.

Program PSU ini dilaksanakan bagi tujuan meringankan beban kepada para majikan atau syarikat agar dapat meneruskan operasi kerja tanpa membuang pekerja yang sedia ada.

PSU 5.0 kali ini, lebih mensasarkan kepada sektor perlancongan dalam negara Malaysia. Untuk makluman semua, peruntukan untuk perlaksanaan program ini adalah sebanyak RM 600 Juta ringgit.

Syarat Kelayakan PSU 5.0

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan Bantuan seperti berikut:

  • Perusahaan dan majikan dalam sektor perlancongan atau mana- mana sektor yang berkenaan
  • Kadar penurunan pendapatan sebanyak 30 peratus atau lebih dari jumlah jualan / pendapatan semasa bulanan – Oktober / November / Disember 2021 berbanding mana mana bulan pada tahun sebelumnya
  • Lebih di utamakan kepada Syarikat yang layak, iaitu syarikat yang menjalankan aktiviti seperti penerbangan, perhotelan, pengurup wang, penyimpanan dan pengangkutan, hiburan, penginapan, kesenian dan lain-lain yang berkaitan dengan sektor perlancongan
Tarikh Permohonan Di Tutup

Permohoan PSU 5.0 masih dibuka. Kepada yang ingin membuat permohonan di sarankan membuat permohonan secepat mungkin kerana Permohonan PSU 5.0 akan di tutup pada tarikh 31 Mac 2022. Selepas dari tarikh itu, sebarang permohonan tidak akan diterima.

Jumlah Pembayaran

Kepada yang layak menerima Bantuan ini akan mendapat bayaran sebanyak RM 600 Sebulan bagi setiap pekerja dan akan terima pembayaran selama 3 bulan dengan jumlah keselurahan bayaran sebanyak RM 1,800.

Panduan Permohonan

Kepada yang menepati syarat kelayakan disarankan membuat permohonan baru untuk program SIP Subsidi Upah tanpa mengira sama ada pernah menerima bantuan ini ataupun tidak pernah terima sebelum ini.

Permohan Insentif Bantuan ini boleh dibuat melalui Portal Rasmi PSU PERKESO – DI SINI

Dokumen Penting Yang Diperlukan
  1. Sediakan Salinan Muka Hadapan maklumat akaun bank majikan
  2. Sediakan Senarai nama pekerja
  3. Sertakan Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika membuat akaun bank
  4. Sediakan salinan Pendaftaran seperti ROS atau SSM atau PBT atau ROB atau lain-lain yang berkenaan
Maklumat Lanjut 

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin ketahui maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila terus layari portal rasmi PSU yang telah disediakan di atas.

Kepada anda yang telepas pandang senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 boleh terus layari laman utama yang telah disediakan di – SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button