BANTUANBKMFasa 2

Semakan Bayaran BKM Fasa 2 Bermula Bulan Jun

pada tahun ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Skim bantuan ini merupakan inisiatif bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 telah dilaksanakan bermula pada tarikh 28 Mac 2022 yang lalu secara berperingkat dan telah selesai diberikan. Jumlah pembayaran BKM akan melalui 4 Fasa pada tahun ini.

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman, bayaran BKM Fasa 2 ini akan bermula pada bulan Jun 2022. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kategori Terima BAYARAN BKM Fasa 2

Bagi makluman, semua kategori terlibat dan akan menerima bayaran BKM Fasa 2 kecuali kepada kategori Bujang kerana kategori tersebut akan menerima bayaran BKM pada Fasa 1 (RM 200) dan Fasa 3 (RM 150).

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Bayaran BKM Fasa 2 akan diagihkan kepada semua kategori kecuali kategori Bujang. Jumlah bayaran akan diterima dari RM 100 sehingga RM 400. Kadar bayaran BKM Fasa 2 bergantung kepada jumlah bilangan tanggungan anak isi rumah dan warga emas.

Sekiranya anda terlupa atau terlepas pandang , anda boleh membuat semakan status BKM anda di Portal Rasmi BKM – DI SINI

BKM Tambahan

Penambahan butiran, BKM akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima yang layak seperti di bawah :

  • Bayaran BKM tambahan RM 500 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan telah menepati syarat
  • Bayaran BKM tambahan RM 300 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus warga emas yang mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat yang telah ditetapkan.

Jika anda ingin mengetahui lebih maklumat berkenaan BKM 2022 atau perogram dan inisiatif yang ada dalam Bajet 2022, sila kunjungi laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia – DI SINI

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat lebih banyak program jenis bantuan khususnya insentif berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pada waktu yang sukar ini.

Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button