BANTUANiSejahtera

Senarai Bantuan iSejahtera RM100 & RM200 ~ Panduan Permohonan

Senarai bantuan isejahtera yang melibatkan inisiatif berbentuk tunai sebanyak RM100 – RM200 yang boleh didapatkan oleh rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan. Pelbagai program bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA 

Untuk sedia maklum, salah satu program bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah bantuan isejahtera. Di dalam program ini terdapat senarai bantuan yang boleh didapatkan bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Di halaman kali ini, akan dikongsikan maklumat ringkas berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi inisiatif bantuan di bawah program isejahtera peringkat negeri ini.

SENARAI BANTUAN

Berikut telah disediakan senarai bantuan yang ada dalam program isejahtera seperti di bawah :

  • Skim program bantuan penghargaan warga emas – RM200
  • Skim program bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM200
  • Skim program bantuan suri rumah – RM100
  • Skim program bantuan ibu tunggal – RM100.

Nota : Bagi pemohon yang layak, pembayaran bantuan di bawah program isejahtera akan diberikan setahun sekali sahaja.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan bantuan isejahtera yang telah ditetapkan sepeti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Menetap di negeri Pulau Pinang
  • Merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang
  • Pemohon berumur 60 tahun keatas bagi kategori bantuan warga emas
  • Pemohon merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bagi kategori bantuan ibu tunggal
  • Pemohon merupakan wanita yang masih berumah tangga bagi kategori bantuan suri rumah
  • Pemohon merupakan golongan OKU yang berdaftar dengan JKM untuk kategori bantuan OKU.

PANDUAN PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat dan menepati syarat kelayakan bantuan isejahtera, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila layari portal rasmi iSejahtera – DI SINI

Untuk makluman, perdaftaran permohonan yang telah disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran bantuan pada tahun berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada inisiatif bantuan isejahtera ini, terdapat lebih banyak bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri lain dan persekutuan terutama bantuan berbentuk tunai untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button