BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Bantuan Tunai RM900 Akan Dibayar Untuk Kategori Ini

Rasmi : Bantuan tunai RM900 akan dibayar untuk kategori isi rumah mempunyai tanggungan anak seramai 3-4 orang. Bayaran akan dikreditkan pada fasa keempat Sumbangan Tunai Rahmah pada November 2023.

RASMI : BANTUAN TUNAI STR

Seperti sedia maklum, pada pembentangan Belanjawan 2023 pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah inisiatif dikenali sebagai Bantuan Sumbangan Tunai rahmah (STR).

Pemberian bantuan ini melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM3,100, jumlah bergantung kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Bagi pengetahuan, pembayaran bantuan tunai STR bagi fasa pertama sehingga fasa ketiga telah selesai diagihkan. Pada bulan Januari, April dan Jun pembayaran telah selesai dan kini hanya berbaki 1 sahaja lagi bayaran yang akan diberikan.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI FASA AKHIR

Rasmi : Bantuan tunai STR fasa terakhir (4) akan dibayar pada bulan November nanti dan hanya akan membabitkan kategori isi rumah dan warga emas. Kadar bayaran yang akan diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 setiap seorang

ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 (B40)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai bilangan anak (5 ke atas) : RM1,200

ISI RUMAH PENDAPATAN RM5,000 (M40)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai bilangan anak (5 dan keatas) : RM500

Info : Kepada penerima kategori bujang, pada bulan November nanti anda tidak akan menerima sebarang bayaran STR. Hal ini kerana jumlah RM350 yang dijanjikan telah selesai dibayar sehingga fasa 3 lalu.

Kepada mereka yang berstatus tidak lulus pada bayaran STR fasa 3, jika anda telah mengemukakan permohonan rayuan. Jika lulus, bayaran bagi fasa 3 dan 4 akan diterima pada bulan November 2023.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Setiap penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – KLIK DISINI

INFO LANJUT

Pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK SINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button