BANTUANBAP

Bantuan Tunai RM150 Mula Diberikan Hari Ini

Bantuan tunai RM150 mula diberikan pada 12 Januari 2023 (khamis) secara berperingkat mengikut kawasan masing-masing. Inisiatif yang dimaksudkan adalah Bantuan Awal Persekolahan atau lebih sinonim dikenali sebagai BAP 2023.

Untuk sedia maklum, insentif ini akan diberikan kepada setiap murid yaang berkelayakan tanpa melihat had pendapatan keluarga. Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM150 bagi setiap pelajar.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2023

Untuk sedia maklum, bantuan tunai RM150 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang pembentangan BAJET MINI 2023 Disember lalu. Pelbagai insentif telah diperkenalkan termasuklah bantuan awal persekolahan ini.

Kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 tahun lalu, tambahan inisiatif ini akan diberikan kepada para pelajar tanpa melihat latar had pendapatan keluarga. Ini akan memberikan manfaat kepada lebih ramai murid pada tahun ini.

JUMLAH BAYARAN BAP

Pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasmi jumlah bayaran yang akan diterima oleh para pelajar adalah sebanyak RM150 untuk setiap orang.

TARIKH PEMBAYARAN

Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan pada sidang pembentangan Bajet Mini 2023. pembayaran bagi bantuan awal persekolahan akan mula disalurkan pada tarikh 12 Januari 2023 secara berperingkat mengikut kawasan sekolah masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan awal persekolahan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan murid tahun 1 hingga tingkat 5
  • Pemberian bantuan khas ini akan diberikan kepada para pelajar tanpa melihat  had pendapatan keluarga
  • Bayaran diberikan secara sekali bayar sahaja.

Nota : Pemberian bantuan ini akan mula diberikan pada hari khamis (12 Januari 2023), untuk maklumat lebih terperinci anda boleh rujuk di sekolah anak anda.

MAKLUMAT LANJUT

Pada awal tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk tunai untuk rakyat yang memerlukan. Terutama bagi kumpulan B40 dan miskin tegar. Perkara ini adalah merupakan salah satu faktor prihatin kerajaan perpaduan melihat golongan yang memerlukan pada tahun ini.

Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama –SEMAK DISINI untuk rujukan masyarakat umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button